Monday, July 18, 2011

Bukit Gambang Resort City : Family Day Felcra Berhad


Selasa
19 Julai 2011
18 Syaaban 1432

Weekend yang lepas, aku telah pergi ke Bukit Gambang Resort City sempena dengan hari keluarga office bini aku. BGRC nie okaylah, taman tema air yang pertama di Pantai Timur. Nak kata best sangat tu taklah, tapi untuk anak aku, seronok habislah dapat main air. Di sini ada terdapat hotel dan juga apartment yang boleh disewa. Harga tu aku kurang pasti, tapi tak murah jugak rasanya. Yang best kat sini ialah sistem cashless bila masuk ke water park tu. So sangat mudah la nak beli makanan atau air. Kita boleh top up credit di pintu masuk dan credit yang tak habis digunakan itu boleh di kembalikan. Makanan kat dalam water park nie tak murah jugak and yang paling best ialah makanan kat dalam nie tak sedap langsung. hehehehehe

Family day Felcra Berhad nie bermula dengan dia punya annual dinner. Ada cabutan bertuah first prize dapat tv lcd 32".. Hahahaha.. Penat jugaklah berdoa biar dapat TV tu, tapi seperti biasa, aku memang tak pernah ada luck pun dengan lucky draw nie.. So putih mata je lah tengok orang dapat barang barang tu semua...

Objektif family day ini ialah untuk merapatkan siratulrahim antara keluarga Felcra Berhad Wilayah Pahang. So masa family day nie bolehla kenal boss bini aku yang selalu sengal suruh bini aku balik lambat. Boss dia dalam speech annual dinner tu cakap mintak maaflah kalau staf staf felcra nie balik lambat selalu sebab memang banyak kerja kat ofis tu. Dia tak tau aku dalam hati memang suka bini balik lambat.. Yang paling suka ialah anak aku bila mak dia balik lambat sebab dia boleh meng hyper aktifkan diri beliau dengan tahap maksimum tanpa leteran si maknya.. HAHAHAHAHA...

Overall, BGRC nie bolehla kalau nak pergi untuk pengalaman especially kalau ada anak kecik... Food kat sini tak sedap and mahal.. kalau nak gie makan kat luar tu boleh tapi nearest restaurant yang ada kat kawasan berhampiran tu terletak agak jauh dari resort.. Anak anak kecil pasti seronok dapat bermain air kat sini...

untuk keterengan lanjut pasal BGRC nie, kalian bisa lewati website mereka di www.bgrc.com.my


 

 

Regards,
Zienit
1339HRS
Chukai, Kemaman

Thursday, June 23, 2011

Day 25... Hujan Emas Di negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik negeri Sendiri


Isnin
20 Jun 2011
18 Rejab 1432

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Syukur pada Yang Maha Agung, Pencipta sekian alam. Hari ini merupakan hari terakhir kembara ku di Kepulauan Jawa ini. Hari ini aku akan pulang ke dunia realiti. Hari ini aku akan berjumpa dengan anak isteriku yang aku rindui...

Kembara ini aku mulai dari Jakarta pada tanggal 27 Mei 2011 dan melalui tempat tempat yang seperti dibawah

Jakarta - Surabaya - Sidoarjo - Trawas - Tretes - Malang - Gresik - Sidayu - Lamo'ngan - Tuban - Rembang - Kudus - Demak - Semarang - Kendal - Waleri - Amabarawa - Surakarta (Solo) - Prambanan - Jogjakarta - Borobodur - Magelang - Merbabu - Merapi - Bandung - Ciwidey - Tangkuban Perahu - Purwakarta - Jatiluhur - Jakarta

Huh.. Tanpa aku sedari, jauh jugak sebenarnya kembara aku nie.. Yang pasti, rentetan rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan ini cukup untuk membuka minda aku dengan lebih luas serta mengagumi kebesaran Yang Maha Agung... PercaturanNya dari satu hal ke satu hal telah membuat diriku lebih rapat padaNya, sesuai dengan petikan dari qalam suci Allah, "Katakanlah : Mengembaralah kamu di muka bumi serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk makhluk dari asal jadinya; Kemudian Allah akan mencipta suatu ciptaan yang baharu pada hari akhirat, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu" Al - Ankaboot ayat 20

Kembara yang dimulai dengan niat untuk belajar tentang Burung Walit tetapi telah diatur dengan teliti olehNya bagi aku mempelajari hal hal kehidupan yang lain. Yang pasti, sesuai dengan tajuk blog ini, pasti sedikit sebanyak telah mempengaruhi kehidupan aku dari perspektif yang berbeda....

Aku selamat tiba di KLIA pada jam 2150HRS waktu Malaysia. :) kalau di ikutkan hati, nak ajer terus balik ke Kemaman naik bas, namun masih ada hal yang harus aku selesaikan esok di KL nie. So kena tangguh satu hari untuk balik ke Kemaman...

Yang pastinya, kembara ini pasti meninggalkan impak yang mendalam pada diriku. Segala apa yang terakam melalui lensa kamera ku, dan juga apa yang lebih penting iaitu saat saat yang terakam melalui deria hati, bau, rasa, lihat dan dengar pasti akan aku ingat sampai bila bila... InsyaAllah, jika diberi kesempatan, aku akan datang lagi untuk melawat disini....

Di kesempatan ini juga, ingin aku merakam ucapan terima kasih ikhlas aku bagi individu individu yang telah memberi sokongan kepada aku sepanjang kembara ini.

  1. Isteri dan anak tercinta - tq for ur support. Tq for everything. Love u most
  2. Ayahanda - Tq kerna memberi kepercayaan dan peluang untuk Amir membuat kembara ini. Telah banyak yang Amir belajar dan insyaAllah akan Amir gunakan sebaiknya demi membela nasib keluarga kita di masa akan datang
  3. Zafril - Teman Kembara, telah banyak kita lalui dan telah banyak yang telah dipelajari. Gunakanlah apa yang dipelajari sebaiknya
  4. Keluarga - Zahail, Zahiera and in laws - tq for ur support
  5. Bapak Drs Arief Budiman - Teman fotografi dan juga ahli dalam bidang walet. Terima kasih atas segala tunjuk ajar Bapak. Terima kasih atas layanan yang diberikan. Terima kasih atas keprihatinan bapak yang saban hari bertanya tentang perjalanan kami dan dimana kami berada. Terima kasih atas segalanya bapak...
  6. Bapak Fatich Marzuki - Terima kasih bapak atas tunjuk ajar dan layanan bapak kepada kami.
  7. Bapak Rosich Amsyari - Terima kasih bapak kerna melayan kami seolah olah kami ini anak kepada bapak. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Terima kasih atas waktu yang diluangkan. Terima Kasih bapak.
  8. Bapak Hendri Mulia - Terima kasih bapak atas masa yang diluangkan bersama dan juga segala tunjuk ajar yang Bapak kongsikan bersama saya.
  9. Bapak Madifa - Terima kasih atas masa dan ilmu yang dikongsikan. Terima kasih juga atas suara burung yang diberikan kepada kami
  10. Bapak Lucius - Terima kasih atas masa dan ilmu yang bapak kongsikan bersama..
  11. Fina - Tq for everything... tq...
  12. Sahabat sahabat yang mengikuti perkembangan - Nordin Aziz, Erka, Doog, Nik Aziz , Daman and kepada semua.. Tq...
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Tq all

Regards,
Zienit
Kemaman,
Terengganu




Day 24... Pasar Baru

Ahad
19 Jun 2011
17 Rejab 1432

Hari nie aku ke satu lagi tempat terkenal di Jakarta ini.. Tempat ini dinamakan Pasar Baru.. Memang sgt best disini kerana ada satu tempat tu menjual barang barang kamera.. Banyak sekali lensa lensa kamera klasik yang terdapat disini.. Tapi aku kesini pada hari Ahad where most of the shop closed.. Tapi memang syok habis...

Pasar baru nie kurang lebih macam petaling Street la kat Malaysia tu.. Banyak kedai kedai yang menjual perlbagai jenis barang dari kain sampailah ke barang elektronik.. Gaya berbumbung pun tak ubah macam petaling street tu..

Punyalah syok melihat lensa lensa kamera tu sampai aku terlupa langsung nak snap a few photos there.. Hahahaha.. Patutla kalau perempuan gie shopping, laki dia pun diorang boleh tinggal.. Sama kes jer macam aku.. meleleh air liur tengok barang barang kalsik yang ada kat situ...


After that, aku nak eksyen sket.. Aku gie plak kat Plaza Indonesia.. Nie without doubt, memang tempat shopping orang kaya la.. kedai kedai diorang pun dah standard lain dah.. Kalau kat Malaysia, Plaza Indonesia nie macam Starhill la.. Kat sini gie mencuci mata jer.. Nak beli barang tak mampu.. Duit ader dua ringgit je dalam poket... :(


Esok merupakan hari terkahir perjalan ini... Rasa hati gumbira tak terkata.. I miss my son so much...

Regards,
Zienit
0245 HRS
Batavia Serviced Apartment,
Benhill Jakarta

Day 23.. Ya Pak... Boleh beli!!!

Sabtu
18 Jun 2011
16 Rejab 1432

Now I know for sure, my decision to hate shopping was the best decision ever made... I went to Pasar Tanah Abang, which is the center of textile product in Jakarta.. Ramainya manusia kat sini.. berasak asak membeli baju.. Tak pernah aku lihat manusia seramai ni.. Masa aku gie umrah dulu pun manusia tak ramai macam nie...

Aku sempat bersembang dgn sorang budak yang kerja kat kedai tu. Nak korek korek cerita pasal tempat nie.. (padahal awek tu cun, nak gie mencuba nasib sebenarnya.. Tapi obviously, she was more interested to sell her product dari melayan loyar buruk aku). So mengikut budak tu, tempat ini merupakan sentral bagi semua orang di Indonesia bagi mendapat membeli baju baju dan apa jua barangan yang berkaitan dengan tekstil.. Pemilik pemilik kedai baju dari serata Indonesia malahan juga dari Malaysia datang mendapatkan bekalan mereka disini.. Terdapat dua main blok disini, iaitu Blok A dan Blok B and each of the block tu tingginya 7 tingkat. Dari kasut sampailah ke seluar dalam, semua benda ada kat sini.. memang gile.. Kedai kedai tu pulak bukan besar and luas mcm kat KLCC tu... Memang cramp habis.. Macam Pasar Payang Terengganu tu lah lebih kurang gayanya, tapi sekali ganda lagi cramp nye... Disini kalau beli grosir (bundle) memang sgt murah jika dibandingkan dengan beli eceran (sehelai).. Tapi kualiti mcm mana tu aku takleh nak komen la sebab aku pun bukan pandai sgt hal pakaian nie.. Seluar dalam aku pun bini yang belikan, nie plak nak komen hal kualiti tekstil.. hehehehe

So cukup sekali pengalaman disini and I dont bother to come here again in the future.. Kalau bini aku nak datang, aku suruh dia datang sendiri nanti.. Baik duduk kat hotel sambil layan upin dan ipin.. (upin dan ipin merupakan satu kartun yang sangat famous kat Indonesia sekarang.. Waktu tayangannya sejam pagi and sejam petang tiap tiap hari.. hehehehehe)


Regards,
Zienit
0200 AM
Batavia Apartment,
Ben Hill Jakarta

Day 22.. Last Stop, Jakarta

Jumaat
17 Jun 2011
15 rejab 1432

things didnt go as what I have planned.. So impromptu decision has been made to continue our journey to our final destination, Jakarta... Well, thats life.. Not all things go as what you planned.. only He knows what is best for us..

So tiket ke Jakarta telah dibeli.. Keretapi dari stasiun Purwakarta ke stasiun Gambir, Jakarta akan bertolak pada jam 6:10 petang.. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit....

Sesampainya di Jakarta, aku lantas membuat temujanji dengan seorang ahli walet terkenal di Indonesia nie.. Kami berjumpa di Taman Anggrek Mall.. Terkejut dia yang aku nie tak pulang pulang lagi dari seminar dia hampir sebulan yang lepas.. Dia tanya apa bikin kat Indonesia nie lama sangat, aku jawab gie ambil gambar.. Mesti dalam benak fikirannya kata aku nie gile.. Jarang dibuat orang kerja gile macam aku nie..

Tak banyak hal walet dibincangkan.. Lebih kepada omongan kosong seperti dua orang kawan ajer.. Cuma aku bertanya bagaimana dan dimana untuk aku bermula jika aku berminat dalam bidang walet ini. Menurutnya, tiada jalan pintas bagi bidang ini.. Aku harus belajar dari awal dan harus melakukan kesilapan demi kesilapan untuk berjaya.. Dia suggest untuk pasang CCTV and mic bagi melihat dan mendengar bunyi bunyi dan pergerakan pergerakan yang dibuat oleh burung burung ini.. Selepas hampir3 jam bersembang, aku minta diri kerana terlalu penat.. Nak balik and tido jer lepas nie...


Regards,
Zienit
0126 AM
Batavia Serviced Apartment,
Benhill, Jakarta

Day 21.. Pak Polisi Di Purwakarta

Khamis
16 Jun 2011
14 Rejab 1432

Entah mengapa, hari nie aku malas sangat nak bawa kamera aku keluar... So hari nie, aku akan gunakan memori aku sebagai kamera terbaik untuk aku mengingati tempat ini..

Purwakarta ialah sebuah bandar kecil yang terletak diantara Bandung dan Jakarta... Tempat ini sangatla kecil sehinggakan perkhidmatan teksi pun takde.. Yang ada hanyalah van prebet sapu tu yang dipanggil AngKot (ANGkutan KOTa).. Di Purwakarta nie terdapat sebuah tasik yang terkenal iaitu tasik Jati Luhur.. Tasik ini sangatlah luas dan kalau tak silap ianya digunakan sebagai stesen janakuasa elektrik.. Tasik jati Luhur nie takderlah jauh sangat dari bandar kecil purwakarta tu.. Kurang lebih dalam 10km ajer kot...

Tasik ini terkenal dengan aktiviti memancing.. Aku dapat lihat ramai pemancing pemancing tegar yang sedang memancing disini.. Bot bot juga banyak disediakan untuk para pemancing yang ingin menyewanya.. Dan di tasik ini juga, terdapat banyak aktiviti memelihara ikan dalam sangkar bagi tujuan komersial. Antara ikan yang dipelihara disini ialah ikan gurame.. Ikan gurame nie sangat famous disini.. Ianya lebih kurang spesis ikan talapia la kot.. Cuma isinya lebih lembut dan sangat enok jika digoreng "deep fried"

Dan disekitar kawasan tasik ini juga banyak terdapat gerai gerai yang menjual ikan segar dan juga gerai gerai makan yang menjual ikan segar ini sebagai juadah utama.. So aper lagi, makan time.. Masa nak order tu, aku nampak ada ikan ketutu dalam menu dia which is priced at IDR 100,000 per kg.. What? ikan ubi RM 36 sekilo? aku jadi was was.. Aku kata nak tengok ikan tu.. Tokey kedai tu melayan aku and bawak aku gie belakang kedai tu dimana disitu ada kolam besar yang dia gunakan untuk menyimpan ikan ikan tu agar kesemua ikan yang dijualnya itu masih hidup dan segar. Sumpah, mmg ikan ubi!! aper lagi, order dua ekor.. Sekor goreng sekor bakar.. Hahahah.. sambil makan tu sempat lagi sms kawan kawan memancing kat Malaysia.. Dari 6 sms yang dihantar pada teman teman, 5 darinya menjawab kimak, butoh ah lu, babi, mcm haram dan kimexss.. Seorang je yang jawab, wow, bawak balik kat aku sekor.. Adakah itu tandanya aku telah berjaya menyakitkan hati sahabat sahabat dengan kemurahan harga ikan ini? hahahhahahahahah

oohhh... Kenapa title Pak Polisi ek.. Sebenarnya yang bawak aku pusing pusing bandar tu ialah Pak Polisi!! Aku kencing dia aku nie fotografer dari travelling magazine dari Malaysia and sedang membuat liputan tentang bandar Purwakarta.. Itu yang dia angkut aku habis round round tu.. Hahahaha.. Siap masuk dalam bilik aku untuk ambik gambar pakai handset dia lagi.. Aduhai... Nak pecah perut aku tahan gelak...



Regards,
Zienit
2118 HRS
Grand Situ Hotel,
Purwakarta

Wednesday, June 22, 2011

Day 20... Orgasm On The Treetop

Rabu
15 Jun 2011
13 Rejab 1432

Today we visited Gunung Tangkuban Perahu which is very famous amongst the tourist.. Takde ape yang menarik sangat pun compared to kawah putih yang aku pergi semalam.. Tempat pelancong kan... Di sini terdapat beberapa kawah gunung berapi tapi yang aktif ialah Domas and apa nama ntah satu lagi tu... Kawah yang paling besar ialah kawah ratu dan merupakan kawah yang tidak lagi aktif...



On d way pulang ke Bandung, aku berhenti di kolam air panas.. Pun tempat pelancongan jugak... takde aper yang menarik untuk dikongsikan bersama... Duduk kat situ pun tak lama, sekejap ajer.. Tapi masa on d way nak balik tu, aku nampak signboard besar, Bandung tree Top.. Haa, mcm menarik.. Aku pun singgahlah disitu.. Rupanya tempat ini ialah sebuah tempat sukan extreme... Aku pun ape lagi, try la.... Dia ader 5 track iaitu start dengan orange, blue 1, blue 2, red and plaing susah sekali black... Dalam satu track tu, terdapat beberapa cabaran antaranya flying fox, semi bungee jumping, berjalan atas tali and a few more.... Ketinggian average dari flying fox semua tu ialah lebih kurang 30 meter.. So siapa siapa yang ader penyakit gayat, memang terkencing habisla kat sini.. Harga yang dikenakan ialah sebanyak IDR 150,000 seorang and mainla berapa kali nak main pun... So far, this is the best activity done in my trip... Siapa yang ke Bandung, kena try benda nie.. Sgt seronok...



Lebih kurang 3 jam spent at the Bandung Tree Top tu, kami meneruskan perjalanan ke Purwakarta. Purwakarta ini ialah sebuah bandar kecil yang terletak diantara Jakarta dan Bandung.. Tujuan ke sana ialah untuk berjumpa seorang lagi ahli walet yang agak terkenal di Indonesia ini..

Sebelum ke sana, kami berhenti makan di Restoran Kampung Daun.. Restoran ini sangat menarik dan sangat terkenal di kalangan penduduk setempat dan juga pelancong.. Konsep kedai ini ialah kedai di dalam taman.. Makanan tu average ajerla.. Nak kata sedap sangat pun tak juga.. But for the unique ambience, it is worth the visit.. Harga pun agak mahal jugak kat sini..


Habis makan, kami menuju lagi kembara kami ke Purwakarta. Aku sampai di sana lebih kurang jam 8 Malam... Kat sini aku tinggal di Grand Situ Buleud Hotel.. Hotel nie okayla.. Hotel budget.. Malam tu, lepas siap siap, terus berjumpa dengan pak Madifa... Banyak jugak benda yang dikongsikan bersama tapi apa yang paling penting ialah siratulrahim yang terjalin antara aku dengannya....

Regards,
Zienit
1145 PM
Grand Situ Hotel,
Purwakarta