Tuesday, May 31, 2011

Day 5... Sidayu Gresik

Selasa,
31 Mei 2011
28 Jamadilakhir 1432 Hijrah

Hari ini aku berpeluang ke lab kepunyaan Pak Fatich. Lab ini terletak di Sidayu, di kabupaten Gresik. Lebih kurang 1 setengah jam perjalanan dari kota Surabaya. Lab nie sebenarnya ialah sebuah sarang burung yang mana digunakan oleh Pak Fatich sebagai tempat untuk eksperimentasi hal dunia walet ini. Lab ini dibuka pada bulan Jun 1994. Banyak hal suara dan aroma dan juga habitat walet dikaji disini. Hari ini juga dia tunjuk bagaimana untuk membuat extra fooding bagi burung walet nie. Extra fooding ini penting kerana wujud ketidak seimbangan antara populasi walet dan makanannya. Walet ini menjadi begitu banyak sekarang kerana banyaknya tumbuh gedung walet kini namun tanpa kita sedari penggalakan populasi walet ini tidak seiring dengan pertumbuhan makanannya. Sebab itulah penting bagi membuat makanan bagi walet ini terutamanya dalam rumah rumah burung yang ada.. Populasi walet di Jawa Timur ini turun secara mendadak semenjak tahun 2005 kerana faktor pemanasan global. Production gedung gedung walet disini turun lebih dari 50%.. Kebanyakan burung burung ini telah lari ke Kalimantan.. Overall hari nie tak berat sangat.. banyak bersantai ajer...

Habis melawat lab tersebut, dia bawak aku makan malam kat sebuah restoran di Gresik itu... Menurut pak fatich, kedai ini menjual makanan local food gresik. Ikan Bandeng.. Apa ke jenis ikan aku pun tak tahu.. bedal ajerla... Isi dia agak keras, tapi dia punyai lemak persis ikan patin... Pastu dia bagi minum nira tapi dari pokok kelapa laut.... air tu diorang letak dalam batang buluh... Gambar kat bawah nie..


















Oh, hari nie jugak bertukar hotel.. Bukan hotel la, tapi hostel.. Nama dia hostel remaja. hostel nie hostel milik kerajaan.. Harga sangat murah. IDR 150,000 satu malam. basic la.. Ada air cond, tv.. water heater takde.. Pakai air kolah je.. hahahaha.. Tapi hostel nie sangat dekat dengan rumah Pak Fatich.. walking distance ajer.. So okayla.. Senang sikit nak kesana..

Esok, Pak Rosich datang jemput pukul 8 pagi untuk gie pasang speaker and test sound kat satu rumah burung yang baru.. So malam nie tidur awal.. Udah capek...

p/s : Malam nie ada keraian di kota Surabaya sempena hari ulang tahun Kota Surabaya yang ntah ke berapa ratus tahun.. Mula mula ingat nak pergi, tapi dua dua orang dah kepenatan.. So tidur ajerlah.. (kuat pulak lagu dangdut si karyawan kat hotel nie pasang... adusss)

Regards,
Zienit,
2100 HRS
Hostel Remaja,
Kota Surabaya

Monday, May 30, 2011

Day 4... Soto di Surabaya




















Isnin
30th Mei 2011
27 Jamadilakhir 1432

Perjalanan train selama 10 jam dari Jakarta ke Surabaya telah berjaya kami rempuhi.. Perjalanan ini nak kata sangat selesa tak jugak.. boleh tahan je lah... Keadaan koc agak uzur kalau nak dibandingkan dengan harga tiket yang dikenakan..

Namun, benda benda kecil yang di tawarkan seperti minuman dan makanan, selimut dan bantal ternyata dapat membuat perjalanan itu tak terasa begitu jauh... Aku sampai di Surabaya pada jam 0800 pagi waktu indonesia... Di atas train tu, macam ragam manusia yang dapat aku lihat... Sempat juga bersembang dengan Ppolis yang bertugas di atas train... Banyak yang dikongsi bersama.. Terkejut dia dengar aku nie dalam kembara mengelilingi kepulauan jawa.. Cuma dia berpesan berhati hati dengan barang yang di bawa.. Kalau boleh, jangan naik kereta api kelas ekonomi sebab banyak terjadi kejadian jenayah di situ.. Dia juga suggest untuk melawat beberapa tempat di Surabaya nanti..

Sesampainya di Surabaya, aku di jemput oleh Pak Rosich and terus gie breakfast.. Dia bawa kami makan kedai soto surabaya style.. Sedap jugak makan kat sini.. Soto dia nie makan dengan nasi.. Bukan nasi himpit tu, tapi nasi yang biasa tu... Kedai dia pun kedai kecik je.. Menurut Pak Rosich, diorang nie dah meniaga berpuluh tahun dah and this is the best soto in Surabaya... Lepas habis breakfast, dia bawak kami ke hotel... Nama tempat kami duduk nie ialah Asri Family Guest House... Tempat nie menarik... Bilik pun okayla.. selesa.. Harga pun boleh tahan jugak.. IDR 325,ooo satu malam.... First thing yang aku buat lepas check in ialah mandi.. Last sekali mandi pukul 7 pagi semalam.. so dah lebih 27 jam tak mandi nie.. hehehehe

Then menjelang tgh hari, Anak Pak Fatich datang menjemput kami. Sesi Taaruf berjalan lancar... Aku juga dijemput untuk makan siang di rumahnya.. Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsi oleh Pak Fatich... Pak Fatich telah melibatkan diri dalam industri burung walet ini semenjak dari awal 70 an and dia merupakan salah seorang pelopor dalam bidang ini.. Lepas sesi taaruf, kami balik semula ke hotel untuk berehat kemudian sesi pembelajaran dimulakan kembali setelah selepas maghrib.. Aku kagum dengan beliau dan dia telah membuka mata aku untuk melihat bidang ini dari perspektif yang berbeda... Pak Fatich juga ajak makan malam kat rumah dia.. Makan satay.. Sangatla best okay.. The best satay i ever had.. Kuah dia nie lain macam sikit, tak macam kuah kacang kat Malaysia tu....

So esok, Pak Fatich akan bawa aku ke lab beliau. Di sana akan di ajar lebih praktikal untuk menjaga rumah burung ini... Then lusa, aku akan ikut Pak Rosich untuk pasang sound di satu rumah burung yang baru... So dia akan tunjuk cara yang betul untuk memasang sound ini..

Okayla.. Udah lewat jam 12 malam... Nak tidur and bangun awal pagi esok...

p/s : Tadi wife hantar sms, dia kata tadi juhey and dia tgh duduk kat dapur then tiba tiba juhey dengar orang bukak pintu rumah.. Dia berlari keluar sambil sebut "yayah yayah" tengok tengok tokki dia yang balik.. Sayu plak baca sms tu... :(

Salam,
Zienit
2344 HRS
Pondok Asri Guest House, Surabaya

Sunday, May 29, 2011

Day 3... Graduated, so Surabaya here I come...

Ahad
29 Mei 2011
26 Jamadilakhir 1432

Alahamdulillah, dengan izinNya, aku telah selamat menghadiri kursus Cara Jitu Memikat Walet yang dikendalikan oleh Pak Hendri Mulia...

Banyak benda baru yang aku belajar dan gambaran jelas telah diperolehi.. Bolehla buat bekalan untuk berjumpa dengan sifu yang kedua, Pak Fatich Marzuki.. Sementara menunggu train yang dijangka bertolak dari Jakarta Gambir pada malam ini, baik aku update blog ini untuk merumuskan hari kedua aku... Train malam ini dijangka berlepas jam 9:30 malam dan dijangka tiba pada jam 7:30 pagi esok hari...

So hari ini, topik yang disentuh adalah mengenai perlengkapan RBW, Teknik membuat serangga Walet, Aplikasi Aroma and Harvesting The Nest...

Perlengkapan RBW

Ada dua perkara yang disentuh.. Yang pertama ialah mengenai IR Illuminator dan satu lagi ialah Mist Humidifier. Tujuan IR illuminator ini ialah untuk night viewing melalui CCTV dan ianya juga berfungsi sebagai medium untuk membantu memberi arah kepada burung walet. Terdapat berberapa frekuensi yang terdapat di dalam pasaran namu yang idealnya untuk RBW adalah 740nm to 940nm bergantung kepada aplikasi atau penggunaan CCTV itu.. IR illuminator ini hendaklah diletak pada atas atau sisi camera.. Dilarang sama sekali untuk meletakannya dibawah camera sebab heat from that IR illuminator will damage the camera. Dan yang kedua ialah Mist Humidifier Systems... Benda nie aku tak concentrate sangat tadi sebab kat RBW kami dah ada satu system yang boleh diguna pakai..

Teknik Membuat Serangga

Barulah aku tahu yang lalat nie hanya ambik masa 8 jam untuk bertelur.. maksudnya, dari baru lahir tu, dalam tempoh 8 jam, lalat lnie dah siap untuk berkahwin dan menghasilkan telur baru... patutla banyaknye lalat kjat atas dunia nie.. hehehehe

Serangga ini merupakan makanan walet. Ciri ciri serangga yang menjadi makanan walet ialah serangga yang mempunyai kulit tubuh yang lembut dan serangga yang dapat terbang dan meloncat. Antara serangga favourite walet ialah semut terbang dan juga lalat.. Seekor walet dewasa memerlukan makanan sebanyak 5 gram sehari bagi seekor.. Pada musim kemarau, serangga ini agak suar diperolehi bagi menampung keperluan walet.. Di sini lah tercetusnya idea untuk membuat serangga nie.. Ada cara dan formula untuk membiak serangga ini tapi it is only advisable for stand alone BH which is located outside from city area... Kalau buat dalam bandar, nanti jiran bagi parang atas kepala...

According to Pak Hendri, he claimed that this food factor is more important than any other factor such as design and sounds... But then this is his personal opinion.. takper, nanti tanya sifu lain plak...

Aroma and its application

Masa nie tak banyak isu teknikal yang dibahaskan.. Cuma banyak kepada produk keluaran Pak Hendri sendiri.. So dia ajar cara aplikasi yang betul untuk aromanya...

Masa Q&A session tadi, sempat juga aku bertanya macam mana nak bagi hilang bau new BH.. dia rekomen, cara termudah and murah untuk buat ialah dengan ambik tahi burung nie and rendam dalam air selama sebulan... tehn ambik air tu and sembur pada dinding RBW.. Sebaiknya lepas sembur, tutup rapat RBW selama 2 minggu.. After 2 minggu barula boleh pasang sound and bukak rumah burung tu... Di nesting plank pula, dia suggest untuk pakai aroma dia...

And penggunaan aroma ini paling efektif ialah pada masa new moon and full moon only. Ini kerana pada masa ini, burung walet ini didapati lebih aktif dan agresif...

Type of nest and how to harvest it..

Secara dasarnya, terdapat beberapa jenis sarang.. Yang paling elok ialah dragon tongue nest, red nest and white nest... Sarang yang paling mahal di dunia ialah Vietnam Cave Nest.. Sarang ni sangat susah untuk diperolehi.. faktor kualiti sarang adalah dipengaruhi oleh bentuk, bulu, warna dan purity.. Bulu pada sarang dipengaruhi oleh faktor cuaca. Kalau musim hujan, bulu pada satang nie sedikit berbanding pada musim kemarau...

Bentuk dan warna sarang banyak dipengaruhi oleh faktor faktor humidity, surrounding, cleanliness of the rbw, and also tempat walet membuat sarang (corner or centre).. Walet ini lebih cenderung untuk membuat sarang di corner.. Terdapat beberapa cara untuk menggalakkan pembinaan sarang oleh walet ini dan yang paling efektif ialah dengan penggunaan styrofoam...

Tempoh masa untuk membuat sarang adalah selama 30 hingga 80 hari bergantung pada umur walet, cuaca, makanan dan urgency.. Penetasan telur pula akan mengambil masa selama 15 hingga 18 hari dan anak walet akan mengambil masa selama 40 hingga 50 hari untuk terbang.. So breeding cycle ini (dari membuat sarang sehingga anak walet boleh terbang ialah selama 90 hingga 145 hari.. So boleh dikatakan breeding cycle untuk walet ini ialah sebanyak 3 kkali dalam setahun...

Harvesting method ini ada 4 pula.. yang pertama ialah Panen tetasan / regeneration, Panen rampasan, Panen Buang Telur and Force harvesting.. Apa method yang terbaik hendaklah ditimbang tara antara faktor populasi vs duit dan lokasi BH itu sendiri...

So itu ajerla yang sempat aku rumuskan dalam masa yang terhad nie.. Pak Supir dah menunggu untuk bawa kami dinner then langsung ke Station kereta api.. Malam nie nak bawak zafril gie makan ikan gurami... :)

p/s : semalam wife bagitau juhey cari ayah.. asyik memanggil ajer.. bila tunjuk gambar aku dalam iphone wife, dia panggil ayah ayah then cari dalam bilik.. tak jumpa dia menangis.. Sedih plak rasanya... Sabar ye Juhey.. Am doing this for you...

Regards,
Zienit
1810 HRS
Ibis Slipi, Jakarta

Saturday, May 28, 2011

Day 2... Alamak... Mcm mana nie?

Sabtu
28 Mei 2011
25 Jamailakhir 1432

Hari nie hari pertama kursus cara jitu memikat walet oleh Hendri Mulia... Banyak juga maklumat yang berguna yang diperolehi.. Baru aku tahu, building bird house is not as easy as pasang sound and biarkan burung masuk.. Banyak lagi yang benda kena buat rupanya.. Antara benda yang aku tak pernah buat and kena buat lepas nie ialah data logger... Baru aku tahu pentingnya data data nie.. With these data, then only you can pin point your problem to the root and it is very important to determine what kind of sounds which is suitable at that current time and day... Okay.. So lepas nie, kena kumpul data...

There are a few key points that I have noted. Sebahagiannya ialah seperti berikut :-
  1. RBW tak semestinya kena paling tinggi, atau paling besar compared to your competitor. Apa yang penting ialah lokasi, design, humidity and temperature, food factor (insect) and the most imprtant part is SOUND which include the tweeter alignment and synchronization of sounds and last but not least, swiflet's aroma
  2. It is very important to determine your Bird's Entrance Hole. A few factor which that need to consider are size, wind direction, bird's flight path, placement of the BEH which will effect the light illumination in your BH
  3. Humidity and temperature of your BH.. The factors that can stabilize your both factor in your BH. Antaranya ialah faktor untuk mengekalkan kadar kelembapan ialah ventilation holes, irigation and water ponds, mist humidifier systems
  4. Temperature are influenced by sunshine, placement and quantity of ventilation holes and interior arrengment in BH.. There are a few ways to reduce tempt in the BH such as styrofoam, air cell, aluminium foil, double wall, and color
  5. LAMPU yang memberi dorongan pada burung untuk masuk ke BH anda.. Lampu boleh diletak di Void, Nesting plank, belakang BEH and lantai
  6. Terdapat beberapa jenis sound. Mating sound, baby sound and colony sound. Where and when to use the sound. Also the arrangement of tweeters and bazooka.. Volume of the sounds also play an important role.. Center volume must be higher than corner tweeter by 20%
Huh... banyak jugak nie.. Esok satu hari lagi.. hopefully can learn more from them.. Aku juga dapat mencuri masa Pak Handri untuk konsultasi peribadi.. Bukan senang tau.. Peserta semua sekali 125 orang.. So nak tak nak, aku tunggu sampai semua orang balik, then baru aku approach dia.. Hurmmm, a very sad fact, our current BH can be considered as a fail design... banyak benda yang dia rekomen untuk buat... Tak tau la.. kena tanya pendapat dua tiga orang lagi kot.. then baru nak decide macam mana....

and to Ayah Embong.. this is what came out from Pak Hendri's mouth.. "Aduh Pak Jamil, ngak perlu design complicated.. yang mudah mudah aja... kenapa kamu bikin design pusing ginie... nanti marah ayah embong (he mentioned ayah embong okay!!) sama kamu... aduhh.. Ayah embong tahu ngakk design kamu pusing gini???" Hah.. jawab ayah embong.. HAHAHAHAHA

Regards,
Zienit
8:30 PM
Ibis Slipi Hotel, Jakarta


Friday, May 27, 2011

Day 1... Leaving on a jet plane

Jumaat
27 Mei 2011
24 Jamadilakhir 1432

Alhamdulillah, aku sudah sampai di Jakarta.. Penat juga perjalanan hari nie.. Flight dari Kuantan Airport tadi delay lebih kurang setengah jam... Sampai je di KLIA, sementera menunggu flight ke Jakarta, aku sempat lagi bukak laptop untuk sambung 3D drawing untuk Bird House di Seberang Tayur...

Masa di KLIA nie, sempat jugak aku snap dua tiga gambar yang menarik.. Apa yang menarik, kalau korang perasan, kat tengah tengah setellite building nie ada satu taman rimba... menurut ceritera, pokok pokok kat sini tak dapat ditebang masa pembinaan KLIA ni.. dah bermacam cara diorang buat, tapi jugak tidak berjaya... Sebab tu lah pokok pokok kat tengah nie dia biarkan macam tu ajer... Nie gambar yang diambil dari taman tu and satu yang di ambil masa dalam flight tadi.......




















Di Jakarta, aku menginap di hotel Ibis Slipi.. Hotel nie okayla.. Tadi masa on d way ke hotel, sempat singgah di Station Kereta Api Gambir untuk beli tiket ke Surabaya nanti... Huh, boleh tahan mahal tiket keretapi nie... 700 ribu rupiah.. Lebih kurang RM 245 untuk dua orang... So settle satu benda.. nanti hari Ahad nie takderla terkejar kejar nak cari tiket...

Sebelum balik ke hotel, sempat lagi ajak supir gie makan.. Dia bawak kami ke Restoran Minang.. Bukan main berselera Zafril makan.. Yang best nya, Zafril makan otak lembu.. Dia tak tau tu otak lembu.. Aku tipu itu telur ikan.. Bukan main sedap lagi dia kata... Hahahahahahha

So sekarang dah kul hampir kul 1 pagi... badan pun dah penat... nak tidur.. esok seminar and jumpa dengan sifu sifu.. So better get a good rest.... Zzzzzzz.. Gudnite..

p/s : Am wondeing what is Juhey doing at home..


Regards,
Zienit
Ibis Slipi Hotel, Jakarta
1:00 AM

Thursday, May 26, 2011

All Set To Go


Khamis,
26th Mei 2011
23 Jamadilakhir 1432

Alhamdulillah, Segala persiapan telah siap.. InsyaAllah kalau takde aral melintang, pagi esok jam 8 pagi kami bertolak ke Airport Kuantan...

Badan rasa agak kurang sihat.. Mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu sehari dua nie.. Ditambah pula kesibukan membuat persiapan rapi bagi trip ini... Rasa hati agak berdebar debar. Mungkin jugak excited? Entahla... Dari satu perspektif, rasa sedih nak tinggal family lama lama.. Dari satu perspektif yang berbeda, rasa macam excited untuk tempuhhi pengalaman yang baru nie.....

Final Checklist.

Flight tix - ok
Passport - ok
Duit - ok
Clothes - ok
laptop - ok
Camera - ok
toiletries - ok


So far so good... Better get a good rest.. tomorrow will be a big day for me... Flight ex Kuantan to KLIA at 10:20 AM and KLIA to JAKARTA at 4:20 PM


Regards,

Zienit
Rumah,
2331 HRS

Note to Family

Khamis,
26th Mei 2011
23 Jamadilakhir 1432

Sehari sebelum keberangkatan, masih banyak benda pending yang perlu diselesaikan.. Hari ini dihabiskan dengan membuat 3D sketching and 2D drawing rumah burung kami.. Photos juga telah diambil untuk memberi gambaran jelas pada sifu sifu nanti...

Mentally and physically are all prepared to go... With one objective, I will learn as much as possible about this industry specifically on Design, Sound and Insects. Not to forget the behaviour of swiflet too...

But then, this is the first time I am going to leave my son for so long... And he seems to know that I am going away... Last nite, while we were sleeping, he hugged me for so long.. He wants me to carry him here and there.. Note to my son, I am doing all these because of you and your mother.. For the better future of our family... Pray for me, and InsyaAllah God will make it easy for us..

To my wife, hanya Allah yang tahu betapa beratnya hati ini nak meninggalkan u... Jaga diri and anak baik baik.. I love you all.. Hugs and kisses...

To ayah, InsyaAllah jika nawaitu itu betul, segala cabaran dan dugaan akan dapat diatasi... Terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk Amir memikul tanggungjawab ini.. Amir berjanji untuk membuat yang terbaik untuk keluarga kita...

And to Angah, This is the reality.. You are now in the reality world.. wake up.. we have full of obstacles that we need to face.. Be prepared and use this oppoturnity as good as you can.. This is a lifetime opportunity.. This is once in a lifetime trip.. You need to be ready mentally and physically.... Its such a waste if you let this fly away from you... I wish you all the best..

And note to myself.. Whatever obstacles you may face, remember there is Someone up there for you.. Set your intention right, and InsyaAllah, He will bless it...

Before I go, Here for you..



Regards,
Zienit
1703HRS
Chukai, Kemaman...