Tuesday, February 21, 2012

Day 3: Can Tho, Mekong Delta





































Hari nie tour kami akan diteruskan ke Can Tho, merupakan bandar terbesar di Delta Mekong. Bandar ini terletak lebih kurang 170km dari Ho Chi Minh. Bandar ini juga merekodkan populasi sebanyak 1.2 juta orang. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke sini mengambil masa kurang lebih 3 jam setengah.  Ia juga digelar "rice basket of vietnam" kerana menyumbangkan hampir 50% dari permintaan beras di Vietnam.

Can Tho ini terkenal dengan floating market dan juga buah buahan tempatannya. Antaranya ialah jambu madu, limau barli, nangka, durian, mangga dan sebagainya

Kami bertolak dari hotel pada jam 8 pagi. Tour kami hari ini ialah berhenti di bandar kecil bernama Cai Be, menyusuri sungai mekong, singgah di homestay untuk lunch sebelum sampai ke Can Tho dimana kami akan bermalam disana nanti.

Destinasi pertama sebelum sampai ke Can Tho ialah Cai Be. Cai Be juga merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di pesisir sungai mekong. Di sini kami melawat sebuah tokong yang mana buddha dia merupakan seorang budak yang berumur 2 tahun. Oleh kerana kepercayaan agama buddha yang mempercayai reincarnation, mereka percaya ketua sami mereka yang mati dahulu telah dilahirkan semula. Dahulunya, budak ini telah ditinggalkan oleh seseorang yang tidak dikenali di hadapan pintu masuk tokong tersebut.

Kami kemudian meneruskan tour kami ke pasar darat yang terletak di Cai Be, dimana di sini kami telah membeli pelbagai jenis makanan laut untuk hidangan makan tengah hari kami. Harga barang barang disini agak murah. Perjalanan ke homestay dimana kami akan melawat ini mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui bot. 

Sesampainya di homestay tersebut, kami begitu terharu dengan sambutan mesra dari tuan rumah. Mereka menyambut kami seolah olah telah mengenali kami bertahun tahun lamanya. Kami tidak terasa kekok langsung sepanjang berada di sini

Hidangan tengah hari kami disediakan khas oleh tuan rumah namun kami juga diberi kesempatan untuk memasak hidangan kami sendiri... Sempatlah goreng ikan dua ekor, yang lain semua tuan rumah yang buat. Dikeliling rumah ini terdapat pohon jambu air dan longan. Sayang sekali kerana kami datang bukan musim buah longan. Kalau tak, mau buncit makan longan nie semua

Selesai lunch dan berehat di sana, kami sekali lagi menaiki bot untuk menuju ke jeti di mana van kami sedang menunggu. Perjalan dari Cai Be ke Can Tho mengambil masa selama 1jam setengah lagi dari sini

Kami sampai di Can Tho pada jam 7 petang. Kami check in di Hotel Kam Tho. ia merupakan sebuah hotel baru dan ianya sangat bersih dan cantik. Apa yang lagi istimewa, rooftop bangunan ini dijadikan cafe dan kami berpeluang menyaksikan sunset dan pemandangan yang begitu indah.

Waktu malam di sana, kami hanya pusing pusing bandar. Tak banyak yang dapat dibuat dan juga untuk membeli belah. Ianya sebuah bandar di pesisir sungai mekong. Ideal sekali untuk datang dan bersantai.

Kami dinner di sebuah restoran yang menyediakan makanan barat. Pizza disini sungguh lazat. Kami order vegetarian pizza and mushroom pizza. Harga pun berpatutan. Kedai ini dipenuhi dengan pelancong dari barat sahaja.

Sekian untuk hari ketiga. Balik hotel, tidur.. Esok kami akan bangun jam 5:30 pagi untuk menyaksikan matahari terbit, melawat pasar terapung, melawat pulau phu sa dan seterusnya kembali ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Malaysia...

Regards,
Zammi


Monday, February 13, 2012

Day 2 : City Tour

My second day started as early as 6 am... Aku bangun awal pagi untuk merakam kehidupan di Ben Than Market. Hari nie juga aku akan buat city tour di bandar Ho Chi Minh nie. Tour Guide akan pick up di hotel pada jam 7:30 pagi...

So suasana awal pagi di Ben Than Market nie berbeza dengan suasana waktu aku sampai kelmarin. Pasar basah nya sibuk dan kedai kedai tekstil tu masih lagi tutup. Segala macam barang basah dijual disini. Dari sayur sampailah ke daging, semua pun ada. Yang menarik, ada satu side tu jual bunga ajer.. Best bau bunga bunga segar nie.. Sempat jugak aku beli bunga untuk Zakeena Junit tersayang.. Se ingat aku, last sekali aku beli bunga untuk dia ialah masa hari nikah kami.. hehehe






 








Dah puas round round kat pasar tu, aku kembali ke hotel untuk breakfast. Tepat jam 7:30 pagi, tour guide kami sampai. Tour guide kami nie mendapat rating sangat tinggi dalam forum trip advisor. Harga dia pun agak tinggi berbanding dengan tour guide yang lain. Tapi kalau rakyat Malaysia, aku tak suggest la kalau nak ambik dia nie sebab dia tak tahu langsung pasal shopping shopping nie. Tour dia banyak ter arah ke aktiviti aktiviti eco tourism yang kebanyakannya disukai oleh pelancong dari negara barat. Sesuai dengan minat kami untuk benda benda adventure dan bukan hal hal shopping nie, so dia nie tour guide terbaik baut kami..


Tour kami hari ini bermula di Cu Chi Tunnel. Cu Chi tunnel ini terletak di Bandar Cu Chi yang terletak lebih kurang 80 kms dari bandar Ho Chi Minh. Sejarahnya, Cu Chi tunnel ini dibina oleh pasukan gerila (komunis) vietnam atau lebih dikenali sebagai Viet Cong. Ianya digunakan sebagai benteng, kubu, jalinan komunikasi dan bekalan, tempat persembunyian senjata dan juga sebagai tempat tinggal semasa era perang dengan tentera Amerika.

Kehidupan di Cu Chi Tunnel ini sangat sukar. Namun, atas semangat mereka untuk memperjuangkan bangsa mereka, mereka sanggup menghadapi kehidupan yang sukar ini.. Di sini juga, anda akan berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis senjata antaranya AK47, M16, machine gun yang mana senjata senjata ini digunakan oleh Viet Cong semasa era perang itu. Bayaran dikenakan ialah sebanyak USD 1 per bullet. Agak mahal, but for the experience, worth everything single penny spent. Di sini, anda juga berpeluang untuk menyusuri tunnel ini dan juga mencuba ubi kayu rebus ( ubi kayu rebus merupakan makanan ruji Viet Cong semasa era perang tersebut). 


Lawatan kami berakhir pada jam 11 pagi. Destinasi kedua yang dituju ialah Chinatown Market. Chinatown market ini lebih kurang macam Ben Than Market juga namun harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang barang di Ben Than Market. Namun, harga harga barang disini agak sukar untuk ditawar dan kebanyakan harga harganya sudah merupakan harga net price. Di sini, isteri aku menempah baju áo dài. áo dài merupakan pakaian tradisional wanita vietnam. Baju baju yang ditempah disini akan siap dalam masa 24 jam. 
Selesai di Chinatown Market, kami menuju ke Muzium Perang. This is a must visit place when you are in ho chi minh. Di muzium ini, anda akan tahu betapa seksanya dan dasyatnya kesan perang keatas sesuatu negara and kesannya ke atas manusia sejagat. Seriously, I shed my tears here. It is so heartbreaking to see how the americans tortured the vietnamese. Sesuatu yang sangat sukar diterima oleh akal fikiran yang waras! Kejam zalim !!


The tour kami diteruskan ke Post Office. Pejabat post ini dibina pada zaman penjajahan Perancis di Vietnam. Bangunan ini masih digunakan sebagai Pejabat Pos di Ho Chi Minh. Bangunan ini telah direka bentuk dan dibina oleh seorang arkitek yang terkenal pada zaman itu, iaitu Gustave Eiffel. Apa yang boleh anda lakukan ialah membeli postcard dan poskan ke family di kampung halaman! Harga postcard di sini sangat murah. 100,000 VND nuntuk 10 keping.






 







Di hadapan pejabat pos ini, terletak sebuah gereja yang dinamakan Saigon Notre-Dame Basilica. Pembinaan gereja ini bermula pada tahun 1863 dan siap pada tahun 1880.. Yes.. 17 tahun untuk mebina gereja ini. Semua bata bata dan barang barang untuk membina gereja ini di bawa dari Perancis. Sesuatu yang unik, walaupun dinding gereja ini tidak di cat atau diletak wall concrete, namun warna merah bata itu masih kekal hingga kini...
Kemudian, as a typical malaysian tourist, adik aku nak ke Hard Rock Cafe. Nak gie beli barang. Hard Rock cafe terletak berhampiran (walking distance) dari pejabat pos tadi. Okay, seriously, selain Ben than Market, tempat nie penuh dengan rakyat Malaysia. Tak tahula kebetulan atau apa.. hehehe.. Aku tak masuk pun kat sini. Adik aku beli ntah apa ntah kat dalam tu...

Dan seterusnya, tak lengkap lawatan anda ke Vietnam kalau tak pergi tengok water puppet show. Water puppet show ini sangat terkenal di seluruh dunia dan pernah memenangi beberapa awards di peringkat antarabangsa.. Ada tiga showtime dalam satu hari iaitu pada jam 5 pm, 6:30 pm dan 7:30 pm. Show berlangusng selama 45 minit  dan yang paling best, show ni dalam bahasa vietnam. So apa pun tak faham! hehehehe



So selesai show tu, kami pergi dinner. Tueyng and me balik ke hotel lepas dinner whilst wife and fina went for last minute shopping. Tomorrow tour will start at 8 am and we are heading to Can Tho City, about 4 hours drive from Ho Chi Minh City. Below are the few tips from of our trip in vietnam which might be useful for anybody who are planning to go there.
Currency.
Rata rata semua kedai disini menerima wang USD. So tak menjadi masalah kalau nak kesini and bawa duit USD.

Keselamatan
Kadar jenayah yang melibatkan peragut bermotosikal agak tinggi di sini. Dan jenayah pick pocket juga agak tinggi. Sentiasa berhati hati dengan barang barang berharga yang anda bawa.

Shopping
  •  Ben Than Market - Segala semua barang ada dikawasan ini. Harga agak mahal, namun boleh tawar menawar lagi
  • Chinatown market - Harga lebih murah jika dibandingkan dengan Ben Than Market. Harga biasa boleh ditawar, tapi kurang tak banyakla
  • Tekstil - banyak terdapat kain kain bermotifkan batik disini. Mereka boleh menerima tempahan untuk membuat baju kurung, segala jenis baju kurung diorang pandai buat, dan juga baju melayu dalam tempahan itu boleh siap dalam masa 24 jam
Makan
Tidak banyak terdapat kedai makan yang halal disini. Ada terdapat dua tiga kedai yang menjual makanan halal. Harga makanan halal yang dijual di  sini juga agak mahal. Kalau ikut lidah saya, saya boleh cadangkan satu kedai, yang dimiliki oleh rakyat malaysia iaitu restoran halal@saigon. Makanan yang disediakan agak lazat  Jangan lupa untuk mencuba kopi vietnam. Sangat manis dan sangat kaw. Ada sebuah kedai kopi Vietnam yang sangat terkenal, Tru Nguyen Coffee. Harga agak mahal, standard Starbucks la jugak. Tapi mana mana kedai pun ada jual kopi nie. Mesti cuba. Nie alamat dan no telefon kedai halal@saigon.
Halal @ Saigon
+84 8 38274602 (English)
info@halalsaigon.com
31 Đông Du, District 1, Ho Chi Minh City 
Photos of Halal Saigon, Ho Chi Minh City

Hotel
Banyak hotel yang terdapat di bandar ini. Hotel yang kami tinggal di district 1 itu juga okay, namun agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal  Berikut adalah senarai hotel yang terletak berhampiran dengan masjid dong du dan juga sangat berhampiran dengan kedai kedai yang menjual makanan halal
  • Sheraton Hotel
  • Bong Sen Hotel
  • Caravelle Hotel
  • Khach San Saigon Hotel
Transportation
Ingat, hanya gunakan perkhidmatan teksi Vinasun sahaja. Selamat dan tak menipu. Jangan cuba naik motor motor kat situ. Dah banyak kes accident dan kes rompakan yang berlaku. No Vinasun Taxi : 838272727


Regards,
Zammil