Sunday, February 12, 2012

Day 1 : Ho Chi Minh City, Vietnam

Hurm.. Dah Seminggu dah balik dari trip, baru la nak post kat blog.... :) sebenarnya lepas balik hari tu, kena demam.. So duduk rumah je tak buat apa pun.. sebab tu lah lambat sikit posting nie...

Setelah beberapa trip yang terpaksa aku batalkan kerana perkara perkara yang terjadi, aku akhirnya berkesempatan untuk melapangkan diri dan membawa an2ak bini berjalan. Destinasi yang dituju, Vietnam. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini.


Flight dari LCCT berlepas pada jam 1455HRS. Penerbangan dari LCCT ke Saigon mengambil masa 1 jam 45 minit. Sampainya kami di airport Saigon, kami terus mendapatkan teksi untuk ke hotel. Awas, jangan sesakali mengambil teksi di luar airport. Anda mungkin akan ditipu nanti. Sudah banyak berlaku kes penipuan harga tambang teksi yang dikenakan. Sila guna perkhidmatan teksi yang berdaftar dengan pihak airport. Bayaran yang dikenakan adalah standard mengikut tarif.
Fakta menarik di bandar Saigon ; populasi penduduk disini ialah sebanyak 8 juta orang dan terdapat lebih dari 4 juta buah motosikal yang terdapat di bandar ini. Bayangkan, jalan jalan disini dipenuhi dengan motorsikal.


Anda juga dinasihatkan supaya berhati hati kerana terdapat banyak kes ragut yang berlaku disini.  Di Ho Chi Minh, kami tinggal di City Hotel. Hotel ini terletak di kawasan District 1, dan sangat berdekatan (lebih kurang 100 meter) dengan pasar yang terkenal, iaitu Ben Than Market. Selain itu, hotel ini juga sangat bersih dan harganya juga sangat berpatutan (USD 40 booking via Agoda).





Tempat pertama yang kami tujui ialah Ben Than Market. ben Than Market ialah sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis barangan, tekstil sehinggalah ke barang basah. Harga disini agak mahal, namun harga yang diletakkan itu boleh ditawar. Jangan terkejut jika peniaga peniaga disini bertutur dalam bahasa melayu. Yes, Bahasa Melayu!!.. Aku pun hairan, mana lah diorang nie belajar cakap melayu. Majoriti peniaga disini, terutamanya peniaga tekstil fasih bertutur bahasa melayu dan juga sangat arif tentang fesyen baju kurung dan baju kebaya orang malaysia!!






 Penat ronda ronda kawasan pasar, perut pun dah terasa lapar. Apalagi, google dalam phone la kat mana tempat makan halal. Tak jauh dari kawasan Ben Than Market dan juga hotel kami, terdapat sebuah restoran halal yang dinamakan VN Halal. Makanannya tak sedap langsung. Sangat mendukacitakan. harga pun boleh tahan mahal. Takpela.. Dah nasib......


Lepas dinner, kami terus balik ke Hotel. Malam nie kena rest, esok kul 7:30 pagi dah nak start tour kami di Ho Chi Minh... Goodnite...

Regards,
Zammil

No comments:

Post a Comment