Tuesday, February 21, 2012

Day 3: Can Tho, Mekong Delta





































Hari nie tour kami akan diteruskan ke Can Tho, merupakan bandar terbesar di Delta Mekong. Bandar ini terletak lebih kurang 170km dari Ho Chi Minh. Bandar ini juga merekodkan populasi sebanyak 1.2 juta orang. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke sini mengambil masa kurang lebih 3 jam setengah.  Ia juga digelar "rice basket of vietnam" kerana menyumbangkan hampir 50% dari permintaan beras di Vietnam.

Can Tho ini terkenal dengan floating market dan juga buah buahan tempatannya. Antaranya ialah jambu madu, limau barli, nangka, durian, mangga dan sebagainya

Kami bertolak dari hotel pada jam 8 pagi. Tour kami hari ini ialah berhenti di bandar kecil bernama Cai Be, menyusuri sungai mekong, singgah di homestay untuk lunch sebelum sampai ke Can Tho dimana kami akan bermalam disana nanti.

Destinasi pertama sebelum sampai ke Can Tho ialah Cai Be. Cai Be juga merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di pesisir sungai mekong. Di sini kami melawat sebuah tokong yang mana buddha dia merupakan seorang budak yang berumur 2 tahun. Oleh kerana kepercayaan agama buddha yang mempercayai reincarnation, mereka percaya ketua sami mereka yang mati dahulu telah dilahirkan semula. Dahulunya, budak ini telah ditinggalkan oleh seseorang yang tidak dikenali di hadapan pintu masuk tokong tersebut.

Kami kemudian meneruskan tour kami ke pasar darat yang terletak di Cai Be, dimana di sini kami telah membeli pelbagai jenis makanan laut untuk hidangan makan tengah hari kami. Harga barang barang disini agak murah. Perjalanan ke homestay dimana kami akan melawat ini mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui bot. 

Sesampainya di homestay tersebut, kami begitu terharu dengan sambutan mesra dari tuan rumah. Mereka menyambut kami seolah olah telah mengenali kami bertahun tahun lamanya. Kami tidak terasa kekok langsung sepanjang berada di sini

Hidangan tengah hari kami disediakan khas oleh tuan rumah namun kami juga diberi kesempatan untuk memasak hidangan kami sendiri... Sempatlah goreng ikan dua ekor, yang lain semua tuan rumah yang buat. Dikeliling rumah ini terdapat pohon jambu air dan longan. Sayang sekali kerana kami datang bukan musim buah longan. Kalau tak, mau buncit makan longan nie semua

Selesai lunch dan berehat di sana, kami sekali lagi menaiki bot untuk menuju ke jeti di mana van kami sedang menunggu. Perjalan dari Cai Be ke Can Tho mengambil masa selama 1jam setengah lagi dari sini

Kami sampai di Can Tho pada jam 7 petang. Kami check in di Hotel Kam Tho. ia merupakan sebuah hotel baru dan ianya sangat bersih dan cantik. Apa yang lagi istimewa, rooftop bangunan ini dijadikan cafe dan kami berpeluang menyaksikan sunset dan pemandangan yang begitu indah.

Waktu malam di sana, kami hanya pusing pusing bandar. Tak banyak yang dapat dibuat dan juga untuk membeli belah. Ianya sebuah bandar di pesisir sungai mekong. Ideal sekali untuk datang dan bersantai.

Kami dinner di sebuah restoran yang menyediakan makanan barat. Pizza disini sungguh lazat. Kami order vegetarian pizza and mushroom pizza. Harga pun berpatutan. Kedai ini dipenuhi dengan pelancong dari barat sahaja.

Sekian untuk hari ketiga. Balik hotel, tidur.. Esok kami akan bangun jam 5:30 pagi untuk menyaksikan matahari terbit, melawat pasar terapung, melawat pulau phu sa dan seterusnya kembali ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Malaysia...

Regards,
Zammi


No comments:

Post a Comment