Monday, July 18, 2011

Bukit Gambang Resort City : Family Day Felcra Berhad


Selasa
19 Julai 2011
18 Syaaban 1432

Weekend yang lepas, aku telah pergi ke Bukit Gambang Resort City sempena dengan hari keluarga office bini aku. BGRC nie okaylah, taman tema air yang pertama di Pantai Timur. Nak kata best sangat tu taklah, tapi untuk anak aku, seronok habislah dapat main air. Di sini ada terdapat hotel dan juga apartment yang boleh disewa. Harga tu aku kurang pasti, tapi tak murah jugak rasanya. Yang best kat sini ialah sistem cashless bila masuk ke water park tu. So sangat mudah la nak beli makanan atau air. Kita boleh top up credit di pintu masuk dan credit yang tak habis digunakan itu boleh di kembalikan. Makanan kat dalam water park nie tak murah jugak and yang paling best ialah makanan kat dalam nie tak sedap langsung. hehehehehe

Family day Felcra Berhad nie bermula dengan dia punya annual dinner. Ada cabutan bertuah first prize dapat tv lcd 32".. Hahahaha.. Penat jugaklah berdoa biar dapat TV tu, tapi seperti biasa, aku memang tak pernah ada luck pun dengan lucky draw nie.. So putih mata je lah tengok orang dapat barang barang tu semua...

Objektif family day ini ialah untuk merapatkan siratulrahim antara keluarga Felcra Berhad Wilayah Pahang. So masa family day nie bolehla kenal boss bini aku yang selalu sengal suruh bini aku balik lambat. Boss dia dalam speech annual dinner tu cakap mintak maaflah kalau staf staf felcra nie balik lambat selalu sebab memang banyak kerja kat ofis tu. Dia tak tau aku dalam hati memang suka bini balik lambat.. Yang paling suka ialah anak aku bila mak dia balik lambat sebab dia boleh meng hyper aktifkan diri beliau dengan tahap maksimum tanpa leteran si maknya.. HAHAHAHAHA...

Overall, BGRC nie bolehla kalau nak pergi untuk pengalaman especially kalau ada anak kecik... Food kat sini tak sedap and mahal.. kalau nak gie makan kat luar tu boleh tapi nearest restaurant yang ada kat kawasan berhampiran tu terletak agak jauh dari resort.. Anak anak kecil pasti seronok dapat bermain air kat sini...

untuk keterengan lanjut pasal BGRC nie, kalian bisa lewati website mereka di www.bgrc.com.my


 

 

Regards,
Zienit
1339HRS
Chukai, Kemaman